Monday 20 June 2011

Saat ( Malay Creative Writings )

Saat kalian menyoalkan
Kemana hilang si teman
Saat tu juga tertamu di kotak pikiran
Tololkah kalian?

Bukankah zaman kini zaman teknologi
Gunakan Gelombang Suara dalam berkomunikasi
Bukan TELEGRAM seperti tahun 70an
Apa lagi merpati yang entah2 sudah kepupusan

ATAU

semua ini hanya sekadar topik perbualan
sengaja kalian bangitkan?
mengisi masa lapang yang terluangkan
sambil menikmati minum petang yang telah tersediakan.

aku terlupa .. Kalian MELAYU!

kerap MEMPERLEKEHKAN. kerap MEMPERTIKAIKAN. gemar MEMPERSOALKAN

persis bicaranya seperti MAK Limah dan juga MAK Joyah
yang menyelingkan aktiviti mengumpat,mencerca saat mencuci baju di sungai atau mungkin di aliran2 air. di tepi perigi seperti di filem lama . zaman dahulu kala. benar2 epik.

ini dialognya :

Limah : Eh Yah. Lama tak nampak anak si Temah tu cuci baju dekat sini?
Joyah : Ehhh Takkan kau tak tau! Anak SI Temah tu. Bunting dibuat orang ( Situasi 1)
Limah : Ish ish ish. Patutla lama aku tak nampak . Sama lah tuuu perangai dia dgn si kakaknya.
Joyah : Haa Iyeke?
Limah : Laa Takkan Kau tak tau ? Si Kakak nya pon mcmtu . Dengar nya lari dari rumah mengikut jantan kampung seberang.Entah2 sekarang jual tubuh di kuala lumpur.
[ sambil menyinsing lengang takut baju kebasahan , mereka terus berdialog tidak pernah kepenatan . SUNGGUH KLASIK! Benar2 mencerminkan sejarah melayu lama!]

Pada teman yang kni berjauhan.
Usah kau hiraukan. Usah kau khuatirkan
Biarkan mereka terus berkicauan
kerna mulut mereka bukan TEMPAYAN yang boleh ditutup2 kan.

Jika benar mereha sahabat sejati
pasti kamu telah mereka hubungi
Ditanya khabarmu , disoal mana hilangmu.
Apakah semuanya baik2 belaka.
Atau kau dilanda celaka.

Argh. PERSETANKAN.


TAJAM HASIL PENAKU
kerna KUAT SAKIT HATIKU
melihat sifat perilaku kelilingku
tak ubah SAKIT OTAK seorang MELAYU


No comments:

Post a Comment